Saturday, July 4, 2009

25. Angin lembut ( sepoi ).

25.Sama tafsirannya mimpi 24

24. Mimpi angin barat.

24. Mimpi ini menyatakan seteru yang datang akan binasa dan akan berolah kebajikan yang banyak serta aman sentosa rakyat di dalam negeri tersebut.

23. Ribut yang terlalu dasyat serta gerhana

23. Mimpi ini menyatakan seteru akan datang atau pembesar negeri akan mati atau raja dalam negeri menganayai rakyatnya.

22. Mimpi ribut berterbangan dan puting beliung.

22. Mimpi ini menyatakan akan datang seteru dari negeri asing ataupun wabak penyakit kepada rakyat.

21. Mimpi hujan lebat.

21. Mimpi ini sama tafsirannya mimpi 20.

20. Mimpi mukanya putih.

20.Mimpi ini menyatakan murah rezeki ke atas sesebuah negeri tersebut dan berada dalam keadaan aman sentosa.

19. Mimpi mukanya merah atau hitam.

19. Mimpi ini menyatakan bahaya akan datang kepadanya atau atas negeri itu.

18. Mimpi mendengar suara halilintar (petir) kuat

18.Mimpi ini menyatakan raja akan menganayai seseorang atau rezeki akan menjadi mahal di dalam negeri. Maka elakan daripada mala petaka ini.

17. Mimpi dipayungi seseorang.

17. Apa yang dicitakan pemimpi akan menjadi kenyataan.

16. Mimpi bintang jatuh ke atas ribanya atau rumahnya atau masuk ke dalam rumahnya

15. Ini adalah berita gembira kepada pemimpi yang menyatakan akan beroleh kekayaan serta rezeki melimpah. Mimpi ini juga menyatakan pemimpi akan beroleh anak yang soleh atau pun cucu yang soleh.

15. Mimpi gelap-gelita di dalam negeri.

15. Mimpi tersebut menyatakan akan kematian raja atau kematian qodi negeri tersebut.

14. Mimpi matahari dan bulan seperti bayang-bayang.

14. Mimpi seperti ini menyatakan musuh akan datang ke negeri tersebut dan menjadikan huru-hara.

13. Mimpi matahari ada dua dan bulan ada dua.

13. Mimpi ini akan menjelaskan raja-raja di dalam negeri atau sebuah negara akan berperang

12. Mimpi matahari dan bulan terbelah dua atau pun hitam warnanya.

12. Mimpi menjelaskan bahawa raja di dalam negeri tersebut meninggal dunia. Jika tidak berlaku demikian negara atau negeri berada di dalam keadaan binasa atau banyak kesakitan rakyatnya. Jelasnya negara atau negeri berada dalam keadaan huru-hara.

11. Mimpi melihat matahari dan bulan turun keriba atau masuk ketangan bajunya.

11. Mimpi ini menyatakan pemimpi tidak akan beroleh kekayaan di dunia.

10. Mimpi naik ke atas langit.

10. Tidak akan papa. Tidak akan susah