Thursday, June 25, 2009

9. Mimpi di hitung Allah Subhanahu wa taa’la pada hari kiamat.

9. Mimpi di hitung Allah Subhanahu wa taa’la pada hari kiamat.
Sihat tubuhnya dan berolaeh pekerjaan yang baik didunia dan akhirat.

8. Mimpi melihat Luh Mahfuz

8. Mimpi melihat Luh Mahfuz.
Maka akan menjadi hafaz quran. Seseorang itu akan berpengetahuan dalam bidang Alquran dan menghayatinya. Pemimpi juga akan melepasi mara bahaya dan fitnah. Pemimpi juga akan hilang daripada sesuatu penyakit.

7. Mimpi melihat jambatan/titian Sirathol mustaqim

7. Mimpi melihat jambatan/titian Sirathol mustaqim.
Jika bermimpi perkara tersebut akan menyebabkan pemimpi beroleh keberkatan dalam pekerjaannya. Tetapi jika pemimpi bermimpi berjaya melepasi titian Sirothol mustaqim akan terhindar dari mara bahaya di dunia dan akhirat. Bagi pemimpi yang tidak melepasi titian Sirothol mustaqim maka akan beroleh kesusahan dan kesakitan dalam hidupnya.

6. Mimpi melihat Arasyh dan bidadari syurga.

6. Mimpi melihat Arasyh dan bidadari syurga.
Jika bermimpi perkara tersebut akan menyebabkan kemulian dan ketinggian darjat seseorang. Jika pemimpi tersebut adalah raja maka akan berkekalan takhtanya. Begitu juga jika pembesar negeri akan beroleh kemuliaan serta darjat yang tinggi. Pemimpi juga akan panjang umurnya dan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat bagi orang awam biasa.

5. Mimpi melihat malaikat

5. Mimpi melihat malaikat.
Pemimpi tersebut akan memperolehi kemuliaan dan ketinggian darjat. Orang tersebut juga adalah orang yang soleh. Jika orang tersebut amalannya jahat sebelumnya akan memperolehi hidayah.

4. Mimpi malaikat jibrail alaihis salam.

4. Mimpi malaikat jibrail alaihis salam.
Datang kepada pemimpi tersebut kebaikan dan kesenangan. Pemimpi akan memperolehi rezeki berganda dan setiap pekerjaan yang dilakukan akan memperolehi keuntungan.

3. Mimpi di murkai Allah ataupun raja yang berdaulat.

3. Mimpi di murkai Allah ataupun raja yang berdaulat.
Mimpi ini akan menyebabkan datangnya bala dan waba’ ataupun penyakit yang berpanjangan. Mungkin juga akan berlaku kebuluran pada masa hadapan.

2. Mimpi melihat Rasullulah sallallahu alaihi wa salam

2. Mimpi melihat Rasullulah sallallahu alaihi wa salam.
Bermakna akan memasuki syurga dan jika orang yang bermimpi itu adalah orang kafir, orang kafir itu akan masuk islam dan akan mendapat hidayah.

1. MIMPI CIPTAAN TUHAN YANG BERADA DI LANGIT. Mimpi melihat Allah subhanahu wa taa’la

1. Mimpi melihat Allah subhanahu wa taa’la.
Jika bermimpi melihat Allah suhanahu wa taa’la dengan sesuatu yang tidak menyerupai makhluk di bumi adalah terlalu baik baginya akan memperolehi sesuatu kejayaan yang dan kebesaran oleh Allah iaitu wali Allah dan beroleh kebesaran di dunia dan akhirat.

pengenalan mimpi...sila baca dengan teliti

Adalah penting pembaca semua mengetahui akan penetahuan ini sebelum mentafsir mimpi seseorang. Setiap mimpi bukan boleh ditadbir kerana tidak memenuhi syarat yang perlu diketahui perkara penting iaitu:-

N Minat anda atau kegemaran atau cita-cita yang diidamkan yang menyebabkan terbawa di dalam mimpi.

N Tatakala belum lagi mandi junub atau ihtilam (selepas bermimpi untuk baligh)

N Raja-raja yang zalim atau pembesar negeri yang zalim.

N Hendaklah berwuduk sebelum tidur.

N Bertasbihسبحان الله والحمدلله ولااله الاالله والله والله اكبر ولا حول لا ولا قوة الا بالله العلى العظيم

N Membaca selawat ke atas Rasul S.A.W dan para sahabat tujuh kali. سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم اللهم صلي على

N Membaca doa ini tujuh kali. اللهم اغفرلي ذنوبي ولوالدي ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والأموات