Saturday, July 11, 2009

42. Mimpi terpenjara di suatu tempat

Mimpi menyatakan kesan daripada amalannya iaitu bertapa mengamalkan sesuatu.

41. Mimpi melihat bayi.

Mimpi menyatakan banyak perkara iaitu akan beristeri lagi. Isteri akan melahirkan anak. Seterusnya adalah berita tidak baik iaitu terkena buatan orang ataupun saka.

Sunday, July 5, 2009

40. Mimpi menyentuh pusat.

Mimpi ini menyatakan kebaikan iaitu akan mendapat isteri jika pemimpi lelaki. Jika pemimpi peremouan akan bersuami.

39. Mimpi beristeri .

Akan memperolehi pekerjaan dalam masa terdekat jika berusaha.

38. Mimpi sembuh daripada sakit.

Akan memperolehi apa yang dihajati.

37. Mimpi banyak kubur-kubur dalam negeri tersebut.

Mimpi tersebut menyatakan akan berlaku fitnah dan huru-hara dalam negeri.

36. Mimpi kanak-kanak lebih banyak daripada orang tua.

Mimpi ini sama tafsirannya seperti mimpi 35.

35. Mimpi melihat banyak lelaki daripada perempuan

Mimpi ini menyatakan banyak kebajikan dijalankan di dalam negeri tersebut. Pemimpi akan mendapat berita gembira

34. Mimpi melihat pendita, ulama, dan fuqaha meninggal dunia.

Ini adalah gambaran buruk terhadap agama islam. Gambaran ini adalah agama islam akan mundur di dalam negeri tersebut.

33. Mimpi melihat para sahabat iaitu saidina Abu Bakar, saidina Osman, Saidina Umar dan Saidina Ali Radiallah huanhum.

Mimpi ini menyatakan akan menjadi orang berpangkat, pembesar negeri atau menjadi alim, fakih. Mimpi inimjuga menyatakan rakyat mengamalkan amalan mulia serta raja menjalankan pentadbiran yang adil.

32. Mimpi melihat qodi yang adil.

Datang kepada pemimpi tersebut kebaikan dan kesenangan. Pemimpi akan memperolehi rezeki berganda dan setiap pekerjaan yang dilakukan akan memperolehi keuntungan.

MIMPI-MIMPI MANUSIA. 31. Mimpi melihat Rasullullah

Mimpi ini akan menyatakan pemimpi akan masuk syurga. Dan jika pemimpi kafir, ia akan masuk islam dan beroleh kebajikan di dunia dan akhirat dan akan mendapat hidayah.

30. Mimpi naik ke atas langit

Mimpi menyatakan darjat atau pangkat akan menjadi lebih baik

29. Mimpi mandi hujan atau mandi sungai.

Harta yang akan diperolehi melimpah ruah banyaknya.

28. Mimpi hujan batu.

Mimpi ini menyatakan harta yang diperolehi adalah halal. Jika pekerjaan adalah perkerjaan yang baik.

27.Mimpi angin timur

27. Ini adalah berita baik iaitu kemenangan ke atas musuh. Kemenangan ini adalah kemenangan besar

26. Angin keras dan bergerak daun-daunnya

26. Mimpi ini akan menyatakan akan berlaku pertelingkahan atau bertikam dengan senjata.