Monday, July 13, 2009

62. Mimpi janggut panjang.

Ini gambaran ada orang bertapa atau mengamalkan sesuatu amalan.

61. Mimpi dipukul orang di kepalanya atau kepala orang lain.

Mimpi mini menyatakan kecelakaan akan berlaku ke atasnya.

60. Mimpi memegang dakwat atau pen.

Ini adalah gambaran beroleh harta yang halal dalam pekerjaannya.

59. Mimpi neraca pecah atau patah

Orang yang zalim kepadanya atau orang zalim dalam negeri tersebut meninggal.

58. Mimpi neraca dalam keadaan baik.

Ini adalah menyatakan mudah dalam mencari sesuatu pekerjaan atau mencari pekerjaan.

57. Mimpi setubuh dengan ibunya atau dengan saudaranya atau dengan anaknya atau dengan sesiapa yang haram nikahnya dengan pemimpi.

Mimpi gambaran buruk tetapi menyatakan kebaikan iaitu akan beroleh kejayaan dan sentiasa dirahmati dengan kebajikan orang lain kepadanya.

56. Mimpi mencium orang atau perempuan di lorong-lorong.

Ini membuktikan budi pekerti pemimpi kurang menyenangkan orang lain.

55. Mimpi berkahwin dengan isteri orang.

Ini adalah gambaran buruk yang menyatakan akan dianaiya dalam pekerjaan khususnya raja.

54. Mimpi dirinya belayar atau berdagang jauh.

Mimpi adalah menyatakan akan mendapat kebesaran daripada raja.

53. Mimpi menerima surat.

Ini adalah kenyataan mengembirakan iaitu akan panjang umur.

52. Mimpi orang membawa kayu api ke rumahnya.

Mimpi ini menyatakan banyak makanan asasi akan dibawa kepadanya. Ini juga adalah kenyataan murah rezeki dalam sesebuah negeri tersebut.

51. Mimpi dirinya sakit.

Ini adalah kenyataan bahawa ada kejahatan dalam pekerjaannya.

50. Mimpi harimau terkam pemimpi.

Mimpi ini akan menyatakan pemimpi akan diperdaya orang dari segi pekerjaan hariannya.

49. Mimpi melihat kedua belah tangan kudung

Mimpi ini menyatakan akan kehilangan harta dan akan ditimpa bahaya selepas itu seperti dicederakan.

48. Mimpi dipalu hingga berdarah.

Kehilangan harta

47. Mimpi dipalu orang.

Mendapat rezeki yang melimpah ruah.

46. Mimpi dirinya digantung oleh orang atau diikat.

Mimpi ini menyatakan kebaikan iaitu terlepas daripada kesalahan.

45. Mimpi gigi sebelah atas patah.

Mimpi ini menyatakan kematian akan berlaku kematian saudaranya atau ahli keluarganya yang terdekat.

44. Akan papa kedana

Mimpi ini menyatakan kejahatan pekerjaan yang telah dilakukan. Tafsiran mimpi ini juga adalah mengenai kebencian orang kepadanya. Mimpi ini juga menyatakan bahawa dia masih kekurangan ilmu pengetahuan. Dengan maksud pemimpi adalah jahil.

43. Mimpi orang kaya terpenjara.

Akan papa kedana. Kekayaannya akan hilang.